Demikian imbasan atlet badminton para negara, Siti Maisarah Mat Lawani, dalam mengimbau tragedi ngeri menimpa dirinya setelah mengalami kemalangan ngeri.
Ia berlaku apabila kenderaan yang dipandu abangnya terlanggar lori minyak di sekitar Manjung, Perak.
Advertisement
Biarpun baru berusia 19 tahun, dia sudah berjaya melakar sensasi apabila mara ke pentas akhir acara badminton kategori Sl3 wanita dalam Sukan Para ASEAN 2025, sebelum meraih pingat perak hari ini.
"Punca saya masuk sukan para ini, saya terlibat dengan kemalangan sewaktu saya darjah empat pada 2016," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Puncanya abang saya mengelak lubang ketika memandu dan terlanggar belakang lori minyak sehingga mengakibatkan saya koma tujuh hari dan mengalami simptom lemah sebelah badan.
"Pada awalnya saya tidak dapat menerima keadaan saya tetapi kemudian, saya ada berjumpa guru disiplin untuk diberikan semangat.
"Jadi selepas itu, saya berjumpa seorang jurulatih di kampung saya untuk melibatkan diri dalam bidang sukan.
"Selepas memenangi pingat emas Sukma Sarawak pada 2024, saya diserap oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjadi atlet sepenuh masa dan berusaha untuk mendapatkan pencapaian terbaik."