Skip to main content

Tinju

Mayweather–Pacquiao kembali gegarkan Las Vegas

Mayweather–Pacquiao kembali gegarkan Las Vegas

11 tahun selepas pertarungan yang pernah dilabel sebagai 'Fight of the Century', dua nama paling besar dalam dunia tinju moden bakal kembali berkongsi gelanggang.

Floyd Mayweather Jr. dan Manny Pacquiao secara rasmi bersetuju untuk mengadakan perlawanan ulangan pada 19 September 2026 di Sphere, Las Vegas.

Advertisement

Bagi generasi peminat tinju, ini bukan sekadar satu lagi pertarungan -- ini adalah bab kedua kepada sebuah kisah yang pernah menghentikan dunia sukan pada 2015.

Pertemuan pertama mereka pada 2015 di Las Vegas mencatat rekod jualan pay-per-view dan pendapatan yang belum pernah dilihat dalam sejarah tinju profesional.

Ketika itu, Mayweather menang menerusi keputusan sebulat suara, mengekalkan rekod tanpa kalahnya dan mengukuhkan status sebagai antara petinju defensif terbaik sepanjang zaman.

Namun bagi ramai peminat, pertarungan tersebut meninggalkan rasa 'belum selesai'. Ada yang berasakan Pacquiao tidak berada pada tahap terbaik akibat kecederaan bahu. Ada juga yang berpendapat gaya taktikal Mayweather terlalu berhati-hati untuk sebuah pertembungan yang dihebahkan sebagai epik.

Kini, lebih satu dekad kemudian, persoalan lama itu seolah-olah diberi peluang kedua untuk dijawab.

Pada malam 19 September nanti, Mayweather bakal menghampiri usia 49 tahun manakala Pacquiao 47 tahun. Di atas kertas, ini bukan lagi dua petinju di kemuncak fizikal. Tetapi di gelanggang legenda, pengalaman dan IQ tinju sering menjadi senjata lebih tajam daripada kelajuan semata-mata.

Mayweather, yang bersara dengan rekod sempurna 50-0, terkenal dengan disiplin pertahanan dan kawalan tempo. Pacquiao pula sinonim dengan kepantasan tangan kiri, pergerakan agresif dan keberanian menyerang tanpa henti.

Apa yang menjadikan rematch ini menarik bukan semata-mata soal siapa menang atau kalah, tetapi bagaimana dua gaya yang begitu berbeza ini akan menyesuaikan diri dengan faktor usia dan realiti fizikal hari ini.

Must Watch Video