Skip to main content

Tinju

Tiga bulan koma selepas tumbang di gelanggang, Lee Reeves meninggal dunia

Tiga bulan koma selepas tumbang di gelanggang, Lee Reeves meninggal dunia
Advertisement

Dunia tinju Ireland diselubungi kesedihan apabila petinju profesional, Lee Reeves, meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas lebih tiga bulan bertarung nyawa akibat kecederaan otak serius yang dialaminya ketika bertarung di gelanggang.

Reeves, yang lebih dikenali dengan gelaran ‘El Champo’, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 16 November 2026, selepas mengalami komplikasi jangkitan ketika masih menjalani rawatan intensif.

Advertisement

Petinju itu mengalami kecederaan berkenaan ketika berdepan rakan senegara, Gary Cully, dalam perebutan gelaran kosong BUI Celtic kategori super lightweight di 3Arena, Dublin, 1 Ogos lalu.

Pertarungan yang dijadualkan berlangsung selama 10 pusingan itu menyaksikan Reeves tumbang sebanyak dua kali sebelum pengadil menghentikan perlawanan pada pusingan terakhir.

Advertisement

Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila Reeves tidak sedarkan diri sejurus selepas pertarungan berakhir sebelum dikejarkan menggunakan pengusung ke Hospital Beaumont.

Dia kemudian menjalani pembedahan otak kecemasan sebelum ditempatkan dalam keadaan koma akibat perubatan bagi membolehkan pasukan perubatan meneruskan rawatan.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat Reeves kembali pulih tidak kesampaian apabila mengalami jangkitan hujung minggu lalu sebelum meninggal dunia pada Isnin, dikelilingi insan tersayang.

Pemergian Reeves pada usia yang masih muda pastinya menjadi kehilangan besar buat keluarga, rakan-rakan serta komuniti tinju Ireland.

Kisah tragis itu sekali lagi mengingatkan dunia sukan mengenai risiko kecederaan serius yang boleh berlaku dalam sukan tinju, khususnya apabila melibatkan hentakan di bahagian kepala.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video