Skip to main content

Boling Padang

Hong Kong International Bowls Classic: 18 tahun menunggu, Malaysia pulang dengan gelaran juara

Hong Kong International Bowls Classic: 18 tahun menunggu, Malaysia pulang dengan gelaran juara HONG KONG INTERNATIONAL BOWLS CLASSIC
Advertisement

Gandingan Nor Zamziezah Ahmad dan Nur Ain Nabilah Tarmizi mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul juara acara beregu wanita (Pairs Wanita) Hong Kong International Bowls Classic 2026, sekali gus menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menguasai acara berkenaan.

Lebih menarik, kejayaan yang diraih pada Isnin itu hadir menerusi gandingan yang baru pertama kali digandingkan, sekali gus mengatasi jangkaan kedua-dua pemain untuk muncul juara kejohanan berprestij berkenaan.

Advertisement

Nor Zamziezah dan Nur Ain Nabilah mengakui tidak menjangkakan mampu melangkah sejauh itu, terutama apabila berdepan cabaran sengit sepanjang saingan peringkat kalah mati.

Namun, keserasian dan konsistensi permainan menjadi antara faktor yang membantu mereka menampilkan aksi terbaik sehingga berjaya membawa pulang gelaran.

Advertisement

“Ini merupakan penampilan pertama saya, sasaran adalah membuat yang terbaik dan kejayaan ini merupakan sesuatu di luar jangkaan,” kata Nor Zamziezah.

Nur Ain Nabilah pula mengakui laluan menuju kejuaraan bukan mudah, namun mereka berjaya mengekalkan ketenangan untuk mengharungi setiap cabaran.

“Saya melihat cabaran kami di peringkat kalah mati agak sukar namun kami kekal konsisten dan berjaya muncul juara,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia kembali bergelar juara acara beregu wanita buat kali kedua, selepas kali terakhir mencatat pencapaian sama menerusi gandingan Siti Zalina Ahmad-Nor Hashimah Ismail pada edisi 2008.

Hong Kong International Bowls Classic yang mula dianjurkan pada 1981 merupakan antara kejohanan boling padang tertua dan paling berprestij di rantau Asia, dengan penyertaan negara-negara ternama dalam sukan berkenaan.

Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian yang cukup membanggakan dan berharap kedua-dua pemain dapat mengekalkan momentum positif berkenaan.

“Kejohanan ini sangat berprestij, tertua di Asia dan disertai negara-negara yang ternama dalam sukan boling padang. Meraih status sebagai juara adalah pencapaian yang sangat membanggakan,” katanya.

Kejayaan di Hong Kong itu bukan sekadar menambah koleksi kejuaraan negara, malah menjadi petanda positif buat boling padang Malaysia dalam usaha terus mencabar dominasi kuasa besar sukan berkenaan di pentas antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video