Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Proses Medevac diaktifkan untuk pengurus basikal para yang rebah di Korat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Asri

Pengurus berbasikal negara, Mohd Asri Abd Mubin, yang membantu kem berbasikal para Malaysia dalam Sukan Para ASEAN 2025 terpaksa dimasukkan ke Hospital di Korat.

Dalam laporan Nadi Arena semalam, menurut diagnosis awal, doktor mengesahkan Asri mengalami hypertensive intracranial bleed dengan menunjukkan simtom strok.

Advertisement

Pengesanan menunjukkan berlaku pendarahan otak disebabkan tekanan darah terlalu tinggi.

Sejurus itu, pihak insurans dari Allianz Malaysia telah mengaktifkan proses Medevac pada hari ini, termasuk urusan pemindahan dari Thailand ke Hospital UPM Serdang.

Bercakap mengenai situasi semasa, segala kemaskini berjalan lancar dan dalam masa penyelarasan teknikal antara pihak insurans dan agensi pengangkutan perubatan.

Proses Medevac ialah Pemindahan Perubatan yang kebiasaannya melibatkan langkah-langkah seperti Pengaktifan & Penyelarasan, Penilaian Perubatan, Pengangkutan & Penjagaan dan Situasi Khas.

Dalam kes di atas, ia diuruskan oleh syarikat insurans (Allianz). Pesakit mesti disahkan stabil untuk penerbangan oleh doktor. Hospital penerima juga perlu memberikan pengesahan penerimaan pesakit sebelum proses bermula. Pasukan Medevac yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan jururawat akan ditugaskan untuk memantau keadaan pesakit sepanjang perjalanan.

Atau dalam erti kata lain, ia adalah pemindahan kecemasan pesakit dari satu lokasi ke lokasi lain untuk rawatan perubatan, dengan lazimnya menggunakan ambulans, helikopter atau pesawat.

Medavec selalu digunakan dalam pesakit ketenteraan atau kejohanan sukan mahupun bencana.

Pesawat Medevac dilengkapi dengan peralatan unit rawatan rapi (ICU) seperti monitor jantung dan ventilator.

Semoga segalanya dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan buat Asri Abd Mubin.
 

Must Watch Video