Hairuddin Omar? Hardi Jaafar? Pep Guardiola?
Mungkinka Zidane? Itu antara reaksi nakal netizen apabila gambar individu ini dikongsikan oleh seorang pengguna bernama teacher_ainee di aplikasi Threads.
Advertisement
Yang nyata, di dalam gambar itu adalah Indra Putra Mahayuddin - legenda bola sepak negara dan juga bekas pemegang rekod jaringan Liga Super terbanyak sepanjang zaman sebelum gelaran itu dirampas bintang Johor Darul Takzim (JDT) Bergson da Silva pada 21 September 2025.
Saya sempat tunjuk perkongsian Thread ini kepada rakan baik Indra Putra iaitu Razman Roslan dan beliau tak payah tengok lama-lama, Razman pantas menjawab eh “Indra Putera…ni mesti gambar malam tadi ni”.
Rasanya Indra Putra tahu ke tidak beliau sensasi di Threads minggu ni?