Negeri Sembilan meneruskan cabaran Piala Malaysia apabila menyingkirkan Imigresen FC di Stadium Paroi, sebentar tadi.
Keputusan 0-0 dalam aksi pertama pusingan 16 antara kedua-dua pasukan menyaksikan mereka bakal memburu kemenangan bagi menghadapi Selangor di suku akhir.
Advertisement
Selepas separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-0, skuad kendalian Nidzam Jamil terus berusaha gol pembukaan dan akhirnya kunjung tiba -- pada minit ke-62, Luqman Hakim menampan masuk bola yang menewaskan penjaga gol Imigresen, Zarif Irfan.
Tiga minit selepas itu, Imigresen menyangka telah mendapat gol penyamaan menerusi Fayadh Zulkifli. Malangnya, gol itu dibatalkan kerana kesalahan ofsaid.
Imigresen terus memberi tekanan kepada tuan rumah dengan harapan mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Skuad Jang berjaya menyerap tekanan sehingga tamat perlawanan sekaligus menempah tiket ke suku akhir.
Selepas ini, Sang Rusa akan menentang Kuching City FC pada 31 Januari. Imigresen pula akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 1 Februari.