Skip to main content

Sukan Lain

Kekal aktif di Xi’an

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Xian

Comel betul baru-baru ini tular di Instagram apabila ada video yang menunjukkan warga emas mengamalkan gaya hidup yang sihat di Xi’an, China.

Dalam video tersebut, mereka berpakaian merah serta menunjukkan pergerakan seragam dan 'body posture' yang sangat sihat. Sesuatu yang amat dikagumi kerana bukan mudah untuk orang berusia terus bertubuh kuat begitu kan?

Advertisement

Sebenarnya video ini terasa amat dekat kepada saya kerana awal bulan ini, saya sempat menjejakkan kaki ke Xi’an, China untuk bercuti… dan benar sungguh -- ramai betul “aunties” dan “uncles” yang giat aktif di taman komuniti mereka.

Saya sempat lihat dengan mata sendiri, sekumpulan aunties yang melakukan senaman aktif walaupun ketika musim sejuk!

Gaya hidup ini memang wajar dijadikan contoh andai kita nak terus kuat di usia lebih tua nanti. Malang sungguh kerana tidak sempat ambil gambar atau video pada saat kejadian kerana sibuk ambil gambar anak bermain di taman.

Must Watch Video