Skip to main content

Bola Sepak

Final Liga A2: Kelab kecil di Kelantan lebur rekod tanpa kalah USM, raih juara di Selayang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piyaa

Momen bersejarah buat kelab kecil seperti AZM Rovers yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan apabila berjaya muncul juara dalam penampilan pertama dalam Liga A2 Amatur musim 2025/2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam.

Kejayaan itu lebih manis apabila mereka menewaskan pasukan yang mempunyai rekod bersih tanpa kalah dalam liga iaitu USM dalam perlawanan akhir dengan 3-0.

Advertisement

Ketua jurulatihnya, Wan Mohd Tarmizi Wan Ssmail, juga terkejut dengan prestasi sempurna anak buahnya lebih-lebih lagi menentang pasukan seperti USM dalam final.

"Saya bersyukur Alhamdulillah kerana berjaya meleburkan rekod tanpa kalah USM.

"Saya mengucapkan tahniah termasuk pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan para pemain yang berusaha sehingga ke tahap ini.

"Momentum semakin meningkat dan kami sangat gembira dapat mengakhiri musim ini," katanya di Nadi Weekend.

Sementara itu, bekas juara treble merangkap legenda Kelantan, Badhri Radzi, tetap berpuas hati dapat membantu Rovers meraih kejuaraan dengan menghasilkan satu bantuan jaringan walaupun hanya bermain 10 minit.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir.

"Pemain bertungkus lumus selama hampir lapan bulan demi merangkul kejuaraan ini.

"Terima kasih kerana masih mempercayai saya.

"Nak juara bukan mudah. Para pemain perlu banyak lagi menimba ilmu," katanya.

Kedua-dua pasukan disahkan layak bermain dalam Liga A1 Semi-Pro musim hadapan.

Must Watch Video