Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul, menjelaskan situasi yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini serta apa yang berlaku terhadap Timor Leste 'tidak sama'.
Perkara itu menjadikan badan induk bola sepak negara itu berkemungkinan tidak akan dikenakan hukuman sama seperti apa yang dikenakan kepada Timor Leste sebelum ini.
Advertisement
Untuk rekod, pihak AFC pernah mengambil tindakan tegas terhadap Timor-Leste yang didapati memalsukan dokumen kewarganegaraan pemain membabitkan sembilan pemain daripada Brazil.
Menerusi satu keputusan hasil siasatan yang dijalankan, terdapat percanggahan maklumat yang diperoleh FIFA, dan tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar.
Why Timor-Leste issue cannot be used as a reference to impose punishment in the case of Malaysia’s 7 ineligible players.
This is the response from DS Windsor Paul pic.twitter.com/EGfMjJ1Szn— FinaNasrom (@fnasrom) March 16, 2026
Daripada 29 perlawanan dibatalkan dan pihak lawan diberi kemenangan percuma, pegawai terlibat iaitu Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Timor Leste (FFTL), Amandio de Araujo Sarmento, digantung selama tiga tahun daripada segala aktiviti bola sepak kerana terlibat dengan proses pendokumentasian itu.
"Peraturan itu tidak memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk memberikan hukuman lebih daripada apa yang mereka boleh beri. Jadi, kes Timor Leste itu, pertandingan sudah habis baru kita jumpa kesalahan.
"Apabila pertandingan sudah habis, anda tak boleh hukum dia (Timor Leste) ke belakang, anda kena hukum ke depan. Sebab itu Timor Leste dilarang bermain dalam edisi (kelayakan Piala Asia) yang seterusnya.
"Harimau Malaya pula situasi dia lain. Perkara ini dijumpai dalam pertandingan sedang berjalan. Tidak boleh kata Timor Leste dengan FAM sama, situasi tak sama," katanya kepada media tempatan dalam sidang media hari ini.