Skip to main content

Bola Sepak

Separuh akhir Piala FA: Selangor kekal kempunan tanpa penyokong di Stadium MPBJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyokong Selangor

Selangor kekal akan beraksi tanpa penonton sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Sabah di Stadium MBPJ, Ahad ini.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi memutuskan hukuman dua perlawanan tanpa penyokong termasuk denda RM100,000 itu yang dijatuhi pada 14 November lalu kekal.

Advertisement

Sehubungan itu, satu lagi hukuman larangan kehadiran penyokong akan dikuatkuasakan dalam perlawanan pertama Piala FA di tempat sendiri pada musim berikutnya.

 

 

 

Gergasi Merah sebelum ini mengeluarkan satu kenyataan mempertahankan diri selepas didapati bersalah berhubung kes membabitkan kelakukan penyokong mereka dan kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran dalam perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan FC di tempat sendiri pada 29 Oktober lalu.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Likas 9 November yang lalu menyaksikan kedua-dua sama handal apabila terikat 2-2 secara agregat.

 

 

Must Watch Video