Skip to main content

Olahraga

Sensasi Hunt dan buruan emas keempat!

Hunt dan kuartet 4x100m Great Britain

Bukan satu, bukan dua, tapi tiga!

Itu ringkasan kejayaan Amy Hunt, pelari Great Britain yang mencipta sensasi dengan memenangi pingat emas ketiganya di Kejohanan Eropah 2026 sekali gus dalam radar untuk meraih kemenangan bersejarah quadruple dengan acara 4x100m (meter) campuran yang dijadual berlangsung hari ini.

Amy, 24 tahun pastikan namanya dijulang di Stadium Alexander Birmingham selepas meraih emas menerusi acara tumpuan, 100m dan 200m dan kini dalam buruan untuk menjadi atlet pertama dalam sejarah memenangi empat pingat emas dalam satu kejohanan sepanjang 92 tahun.

Pelari pecut baharu Great Britain ini meraikan kejayaan menjulang emas ketiganya dalam 6 hari selepas membantu kuartet 4x100 meter muncul terpantas selepas merekodkan catatan 42.05s (saat) bersama rakan-rakan, Dina Asher Smith, Success Odyase Eduan dan Imani Lara Lansiquot.

Pingat perak milik kuartet Switzerland dan gangsa dimenangi Poland.

Kuartet lelaki Great Britain turut pamer dominasi dalam acara 4x100m sebaik meraih emas menerusi catatan 38.45s hasil gabungan Jeremiah Azu, Louie Hinchliffe, Zharnel Hughes dan Romell Glave.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video