Drama luar padang membabitkan Laos apabila menghidu unsur pertaruhan dan pengaturan perlawanan antara pemain dalam kempen Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN.
Persekutuan Bolasepak Laos (LFF) difahamkan membuat laporan polis susulan dakwaan tersebut selain menjalankan siasatan dalaman melibatkan para pemain dan pegawai pasukan bagi mendapatkan bukti baru-baru ini.
Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) turut menanti laporan penuh sebelum memutuskan apa-apa keputusan.
Untuk rekod, isu itu bukan perkara baru apabila pada 2022 seramai 45 pemain dikenakan penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.
🇱🇦The Lao Football Federation (LFF) has officially requested the Lao Police Department to investigate suspected match-fixing involving members of the Laos national team during the ASEAN Hyundai Cup 2026.
Laos lost all four of their group-stage matches:#ASEANFootball #Laos pic.twitter.com/KKFn2A1sha— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 13, 2026
Setakat maklumat, siasatan tersebut berpunca daripada layangan kad merah dan dua jaringan sendiri oleh Laos yang dianggap menjual perlawanan, namun tiada pengesahan rasmi setakat ini.
Pasukan ke-185 dunia itu gagal meraih sebarang kemenangan, sebaliknya tewas dalam empat aksi, sekali gus tersingkir daripada kejohanan serantau itu musim ini.
Harimau Malaya mencipta kemenangan 4-0 ke atas Laos pada aksi kedua di Cheras bulan lalu.