Tunggu masa sahaja mengumumkan Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo selaku pemain baharu kebangsaan.
Di sebalik kehangatan berita tersebut, tular di sosial media berkenaan desas-desus seorang lagi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Oscar Arribas, dikatakan bakal menjalani proses naturalisasi.
Ini kerana, dakwaan profil Instagram rasminya meletakkan bendera Malaysia menjadi perbualan peminat bola sepak negara.
Bintang import itu tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Januari 2023.
Pemain kelahiran Sepanyol berusia 27 tahun itu telah melakukan 106 penampilan dan menjaringkan 24 gol bersama JDT setakat ini.
Tinjauan laman transfermarkt menyaksikan kontraknya bersama gergasi Liga Super itu akan berakhir pada penghujung tahun ini.