Bekas atlet lari berpagar 110meter negara, Rayzam Shah Wan Sofian, menjangkakan rekod 110m (meter) lari berpagar di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor akan sekali lagi dipecahkan pada saingan final petang nanti.
Sebentar tadi, atlet kelahiran Johor, Muhammad Hazriq Bin Cik Mat Kilau, memadam rekod 18 tahun miliknya dengan catatan 14.10s yang dilakukannya di SUKMA Terengganu 2008-- dengan catatan baru 13.78s.
Begitupun, Rayzam berkongsikan rekod baharu bagi saingan 110m berpagar itu akan sekali lagi dipecahkan di final nanti tetapi kali ini menerusi pelari pecut dari Terengganu, Mohamad Armin Zahryl Abd Latif.
"Saya sudah jangka rekod SUKMA saya akan dipecahkan tahun ini.
"Selepas rekod kebangsaan saya dipecahkan Armin Julai lalu.
"Hazriq memecahkan rekod 18 tahun saya, dan saya yakin rekod baharu SUKMA akan sekali lagi diperbaharui di final petang nanti menerusi Armin." katanya ketika dihubungi Stadium Astro.
Untuk rekod, Armin telah memecahkan rekod kebangsaan ketika Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia 2026 menerusi catatan 13.63s di Ordos, China pada Julai lalu.