Skip to main content

Sukan Lain

UFC: Islam Makhachev cipta kemenangan ke-17 berturut-turut!

VG

Juara welterweight UFC, Islam Makhachev, melakar kemenangan ke-17 berturut-turut sejak 2009 apabila menewaskan pencabar dari Ireland, Ian Machado Garry pada aksi UFC 330 di Xfinity Mobile Arena, Amerika Syarikat, sebentar tadi.

Selepas pertarungan lima pusingan yang dikendalikan pengadil, Herb Dean, itu menyaksikan kedua-dua petarung masih bertahan sehingga berakhir waktu pertarungan.

Pusingan pertama dilihat berpihak Makhachev yang menguasai pagar Octagon itu sebelum Garry lebih agresif dalam pusingan kedua, begitupun sepakan kaki kiri Makhachev berjaya menjatuhkannya sebelum pertarungan disambung semula.

Pusingan ketiga pula menyaksikan Garry berjaya melepaskan beberapa sepakan ke ke arah Makhachev, namun sukar menggugat kekuatan Makhachev untuk aksi disambung ke pusingan keempat.

 

 

 

Kedua-dua petarung lebih giat melakukan pukulan dan sepakan dalam pusingan keempat. Masuk pusingan kelima pula menyaksikan Makhachev berjaya menjatuhkan Garry sebelum menguasai belakang pencabarnya dan mengekalkan posisi itu sehingga penghujung pertarungan.

Untuk rekod, petarung dari Degestan, Rusia itu telah merekodkan 29 kemenangan, satu kali tewas dalam karier profesionalnya, selain melakar kemenangan ke-17 berturut-turut sekali gus mengatasi rekod milik Anderson Silva.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video