Skip to main content

Bola Jaring

Hajat tak kesampaian, Malaysia gagal ke Piala Dunia 2027

Netball

Malaysia tersingkir pada separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia kepada tuan rumah, Hong Kong, sekali gus terpaksa melupakan impian ke Piala Dunia 2027 di Sydney, Australia.

Perlawanan yang berlangsung semalam itu berakhir dengan kekalahan tipis 47-51.

Skuad negara bermula garang apabila memenangi empat aksi menewaskan India (101-22), Maldives (78-32) dan. Singapura (52-46) Malah, skuad kendalian Aminah Saari itu turut memperoleh kemenangan ke atas tuan rumah pada pusingan awal.

Pertemuan kedua menyaksikan pasukan kebangsaan berputih mata tatkala Hong Kong berjaya membalas dendam dan menempah tiket ke Piala Dunia tahun hadapan.

Kali terakhir Malaysia layak ke final ialah pada 2016. Malaysia telah menjuarai kejohanan ini sebanyak dua kali iaitu pada 1985 dan 2016. Malaysia antara pasukan tetap ke separuh akhir sejak kejohanan ini diperkenalkan mulai 1985.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia beraksi dalam Piala Dunia pada 2011.

Mereka akan turun bagi penentuan tempat ketiga menentang Sri Lanka hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video