Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Terengganu puas hati persiapan tuan rumah

ff

Sebarang isu mahupun kekangan dan cabaran oleh tuan rumah SUKMA Selangor 2026 untuk meneruskan temasya sukan terbesar edisi ke-22 kali ini, Terengganu tetap berpuas hati dengan segala usaha dan persiapan yang telah dilakukan walaupun mungkin akan berdepan dengan sebarang kemungkinan yang akan merencatkan setiap kontinjen memburu kejuaraan ini nanti.

Timbalan Chief De Mission kontinjen Terengganu Zuraida Md Noor berkata sudah tentu mana-mana pihak selaku tuan rumah akan melakukan yang terbaik demi reputasi masing-masing yang akan dilakar dalam sejarah penganjuran sukan berprestij ini.

“Hasil maklum balas yang diterima, kami memahami situasi yang berlaku dan kami percaya tuan rumah telah sehabis baik untuk memastikan setiap kontinjen negeri yang hadir bertanding tanpa masalah khususnya melibatkan venue-venue pertandingan.

“Cabaran tuan rumah selaku penganjur juga memberi tempias kepada kami mahupun lain-lain kontijen negeri di mana pada edisi kali ini tiada perkampungan sukan diwujudkan. Ianya memberi cabaran untuk kami membuat percaturan logistik dan lain-lain pengurusan melibatkan setiap atlet yang bertanding itu sendiri. Namun situasi ini telah diselesaikan sebaik mungkin untuk kami hadir bertanding tanpa tekanan,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, sokongan dari pelbagai pihak termasuk agensi-agensi berkaitan kerajaan selaku jabatan angkat mengikut pasukan yang bertanding memberi tambah nilai untuk kontinjen Terengganu. Begitu juga badan-badan induk sukan dalam negeri ini yang hadir membantu di atas kapasiti masing-masing.

Pada temasya edisi ke-22 kali ini, kontinjen Terengganu menyertai 35 acara dari 37 jumlah keseluruhan acara yang dipertandingkan yang melibatkan penyertaan seramai 799 atlet termasuk pengurusan pasukan.

Sasaran awal yang diletakkan oleh kontijen ini dengan sekurang-kurangnya memungut 61 pingat emas untuk berada di dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan.

Untuk rekod pada SUKMA Sarawak 2024 lalu, kontinjen Terengganu berada di tangga kelima keseluruhan dengan kutipan 41 pingat emas, 36 perak, dan 47 gangsa

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video