Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Semua isu berbangkit libat sukarelawan dijangka selesai sebelum upacara perasmian

d

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, memaklumkan elaun yang diberikan kepada sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) serta Para SUKMA 2026 adalah tanda penghargaan terhadap komitmen, masa dan tenaga mereka, demi memastikan temasya itu berlangsung lancar seperti yang diharapkan.

Dianggarkan seramai 7000 sukarelawan bertugas akan menerima elaun sebanyak seratus ringgit sehari, selain tambahan seratus ringgit bagi urusan pengangkutan secara 'one-off.

Najwan turut memberikan jaminan, segala isu berbangkit melibatkan sukarelawan SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 dapat diselesaikan sebelum upacara pembukaan rasmi temasya yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu di Dataran Shah Alam.

 

 

 

 

"Kita menawarkan elaun sebanyak RM100 sehari dan tambahan elaun one off untuk bantu aspek pengankutan.

"Dari masa ke semasa kami cuba tanggani isu berbangkit dalam penyerahan pakaian, penempatan. Daripada pendaftaran sebanyan 30,000 sukarelawan.

"Kami cuba libatkan ramai sukarelawan, tetapi apabila libatkan tenaga kerja terhad, kekangan peruntukan tapi kami cuba harungi dengan baik.

"Sehari dua sebelum bermula, kami jangkakan isu-isu ini selesai." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video