Menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN 2026 Malaysia berdepan Vietnam, Harimau Malaya kehilangan tonggak tengah yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "Wan Kuzain pulang ke Amerika Syarikat dan tidak akan meneruskan perjuangan bersama Harimau Malaya dalam kempen Piala Hyundai ASEAN. Decision confirmed." katanya.
🚨EXCL: Wan Kuzain pulang ke Amerika Syarikat dan tidak akan meneruskan perjuangan bersama Harimau Malaya dalam kempen Piala Hyundai ASEAN. Decision confirmed. ✈️🇺🇸@ASTROARENA pic.twitter.com/s3p4buryC0
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 12, 2026
Terdahulu, tinjauan kem latihan pasukan negara oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, menyaksikan skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, kembali berlatih dengan hanya 16 pemain.
Malaysia sebelum ini sah kehilangan tiga tonggak, Endrick Dos Santos, Jimmy Raymond dan Engku Nur Shakir Engku Yacob susulan kecederaan bertemu lawan terdahulu.
Nantikan laporan lanjut di Stadium Astro.