Kejutan berlaku apabila Cong An Hanoi (CAHN) berjaya menempah tiket ke Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menjelang musim baharu ini selepas menewaskan pasukan pilihan, Adelaide United, di Hindmarsh malam tadi.
Hasrat bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, membantu Adelaide United ke kejohanan kelab tertinggi Asia itu tidak kesampaian selepas kempunan di tangan wakil Vietnam itu dalam saingan playoff.
Ini bermaksud, Muniz takkan bertemu dengan Harimau Selatan semula dan kelab itu akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Our Asian campaign continues in ACL Two ✈️#ADLvCAHN pic.twitter.com/HG9H9lEaZV
— Adelaide United (@AdelaideUnited) August 11, 2026
CAHN menjadi wakil kelima dari Asia Tenggara (ASEAN) untuk bertanding dalam ACLE musim ini.
Buriram United, Ratchaburi, dan Port termasuk JDT turut mengesahkan tempat seperti makluman sebelum ini.