Ketika Cristiano Ronaldo terus membuktikan ketajamannya di usia 41 tahun, satu insiden mengejutkan selepas perlawanan mencetuskan kebimbangan terhadap tahap kecergasannya.
Penyerang Al-Nassr itu dilaporkan mengalami keletihan melampau sehingga muntah sejurus tamat aksi menentang Al-Ettifaq dalam saingan Liga Pro Saudi.
Advertisement
Menurut ketua jurulatih Jorge Jesus, Ronaldo sebenarnya tidak berada dalam kondisi terbaik sebelum perlawanan.
Dia mendedahkan Ronaldo mengalami sakit perut ekoran keletihan fizikal malah hampir tidak diturunkan dalam kesebelasan utama.
Namun, semangat kompetitif tinggi menyaksikan bintang Portugal itu tetap turun beraksi sebelum dikeluarkan pada minit ke-89.
Selepas dikeluarkan, Ronaldo terus menuju ke bilik persalinan -- dan muntah akibat keletihan yang dialaminya.
Walaupun berdepan isu kecergasan, Al-Nassr tetap mencatat kemenangan 1-0 -- sekali gus melanjutkan rekod kemenangan kepada 15 perlawanan berturut-turut dalam liga.
Ketika ini Al-Nassr mendahului carta liga dengan kelebihan selesa dan semakin hampir menjulang kejuaraan.