Skuad kendalian Sarjit Singh terus dikritik selepas mengharungi lima perlawanan dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31 di Ipoh, Perak kali ini.
Dengan melakar satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan memberikan indikasi dimana sesuatu yang tidak kena dengan The Speedy Tigers.
Advertisement
Kekalahan kepada pasukan tercorot, Korea Selatan menimbulkan beberapa persoalan melibatkan komitmen dan disiplin pemain.
Skuad negara terus longlai di penghujung permainan ketika diikat New Zealand 2-2 dan senario itu sekali lagi terjadi ketika tumbang kepada Korea Selatan.
Bagi bekas pemain negara, Azlan Misron, mereka rasa terpanggil menyuarakan pendapat melibatkan penyerang dan pemain tengah negara yang culas menjalankan tanggungjawab ketika bertahan.
"Kita punya jentera tengah perlu sedar mereka merupakan nadi utama pasukan, sangat penting apabila melakukan serangan dan mereka perlu membantu dengan memberikan sokongan dengan cepat.
"Agar serangan lebih berkesan. Apabila kita kehilangan bola, mereka juga perlu membantu pertahanan." katanya.
In susulan perkara itu antara ruang kelemahan yang membebankan jentera pertahanan negara diketuai kapten pasukan, Marhan Jalil.
"Pemain tengah kurang berfungsi kerana duduk statik dan tidak memberikan pilihan buat pemain pertahanan.
"Perlawanan berintensiti tinggi seperti ini, disiplin dan tahap kecergasan amat diperlukan. Mereka perlu bekerja keras daripada aspek kecergasan." tambah bekas pemain tengah negara, Azammi Adabi.