Jaguh muay thai negara, Aliff Rakib, akan berdepan legenda muay thai dari Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, dalam memburu gelaran interim One Strawweight Muay Thai World Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok, pada 25 Julai ini.
Untuk rekod, Sam A telah mengharungi lebih daripada 400 pertarungan dan pernah menjuarai kejohanan dunia dalam kategori flyweight dan strawweight dan strawweight kickboxing, selain pernah menyandang penghargaan 'Lumpinee Fighter of the Year'.
Daripada 16 pertarungan terakhir dalam One Championship sejak 2019, petarung berusia 42 tahun itu telah melakar 12 kemenangan
"Tunggu saya, saya akan bawa pulang kejuaraan kembali ke tempat saya." kongsi Aliff.
Pemilihan Sam A itu susulan Prajanchai P.K. Saenchai yang mengalami kecederaan.