Pihak berkuasa Seoul dilaporkan melakukan serbuan ke pejabat Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) sebagai sebahagian daripada siasatan 'menghalang urusan perniagaan' terhadap bekas jurulatih, Hong Myung-bo.
Hong kembali sebagai jurulatih negara di ranking ke-32 dunia itu pada 2024 selepas mengendalikan pasukan itu sebelum ini pada 2013 hingga 2014.
Pelantikannya diteliti selepas KFA menghentian pencarian selama berbulan-bulan melibatkan calon jurulatih asing sebelum memilih jurulatih berusia 57 tahun itu selepas satu pertemuan ringkas.
Perkara itu menjadi isu selepas Korea Selatan menjalani kempen buruk dalam saingan Piala Dunia 2026 apabila tersingkir peringkat kumpulan.
Kementerian sukan Korea Selatan berkongsikan pada Oktober 2024 bahawa KFA telah melanggar peraturannya sendiri dalam pelantikan Hong dan bekas jurulatih Juergen Klinsmann, selain mendapati bahawa pertemuan pengarah teknikal dengan Hong tidak dianggap sebagai temu bual yang sah.
Polis telah pun menyiasat aduan yang mendakwa campur tangan yang tidak wajar dalam pelantikan Hong sebelum Piala Dunia.
Tiada penemuan jenayah yang diumumkan terhadap pegawai Hong atau KFA setakat ini.