Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Fletcher bidas mutu pengadilan punca Man Utd tersingkir awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kjkk

 

MAN UTD 1 BRIGHTON 2

Advertisement

Pengurus sementara Manchester United, Darren Fletcher, menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap mutu pengadilan selepas kekalahan anak buahnya dalam Piala FA kepada Brighton, awal pagi tadi.

Bekas pemain Scotland itu melabelkan tindakan membuang padang terhadap pemain gantian remaja, Shea Lacey, sebagai tidak masuk akal serta menempelak kelemahan pengadilan di Old Trafford ketika pasukannya tersingkir awal sejak 1981-82.

United tewas 1-2 di halangan pertama, dengan gol sagu hati lewat permainan oleh Benjamin Sesko belum cukup untuk mengheret permainan ke masa tambahan selepas Brajan Gruda dan bekas pemain United, Danny Welbeck, meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

Lacey, yang dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua merangsang permainan United tetapi penampilan sulungnya di Old Trafford berakhir dengan tangisan apabila dia menerima dua kad kuning daripada pengadil Simon Hooper dalam tempoh tiga minit, yang pertama kerana kekasaran dan yang kedua kerana membuang bola kerana kecewa.

Fletcher memberitahu TNT Sports selepas itu: "Kad kuning Shea Lacey adalah tidak masuk akal berbanding dengan kekasaran yang kami perlu tanggung sepanjang perlawanan ini, yang akhirnya pemain muda saya melakukan kesilapan dan diarah keluar padang. Bagi saya, ia adalah pengadilan yang lemah.

"Lacey kecewa kerana dia peduli, faham dan dia akan belajar daripadanya.

"Tidak syak lagi tentang bakatnya. Ia adalah satu proses pembelajaran yang perit hari ini tetapi kami menaruh kepercayaan kepadanya.

"Dia adalah salah seorang prospek muda kami yang paling menarik dan saya pasti di Old Trafford, dia berpeluang untuk menebusnya pada masa hadapan."

Topik Berkaitan

Must Watch Video