Satu pergaduhan besar-besaran melibatkan pemain dan kakitangan Algeria serta Nigeria selepas tamat perlawanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Marrakech awal pagi tadi.
Nigeria layak ke separuh akhir selepas membenam Algeria 2-0, namun dakwaan kontroversi mencemari permainan sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan.
Advertisement
Luca Zidane berbalas kata-kata panas bersama pemain tengah Nigeria, Fisayo Dele-Bashiru, sehingga mengakibatkan situasi tegang sebelum sentuhan fizikal berlaku.
Anak kepada legenda Perancis, Zinedine Zidane, itu kemudiannya menerima tekanan daripada Victor Osimhen yang turut melakukan provokasi terhadap penjaga gol tersebut.
Luca Zidane s'est battu avec Fisayo Dele-Bashiru en fin de match... En deuxième partie de vidéo, le corps arbitral pris à partie par le staff algérien.
Fin de match catastrophique à Marrakech... https://t.co/ncMM5Ovt9a pic.twitter.com/Np456X9Vne— Instant Foot ⚽️ (@lnstantFoot) January 10, 2026
Memasuki bilik persalinan, kelibat beberapa pemain Algeria pula memulakan protes terhadap barisan pengadil sehingga mengganggu proses temu bual pascaperlawanan. Namun, punca kepada ketegangan tersebut belum dikenal pasti.
Tidak hanya terhenti di situ, kumpulan penyokong juga dilihat bertengkar dengan pegawai keselamatan stadium sehingga menimbulkan kekecohan melampau.
Harapan bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez, untuk membawa Algeria ke final tidak kesampaian, sekali gus menyaksikan Nigeria bakal bertemu tuan rumah, Maghribi, dalam penentuan separuh akhir minggu hadapan.