Brooklyn Beckham meminta ibu bapanya menggunakan saluran perundangan menerusi peguam untuk sebarang urusan mahupun berkomunikasi.
Menurut sumber, hubungan kekeluargaan bekas bintang bola sepak England dan Manchester United itu semakin berantakan apabila Brooklyn melarang David dan Victoria Beckham mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.
🚨🚨| Brooklyn Beckham has sent David Beckham an extraordinary legal notice.
It instructed them to contact him only through lawyers. The move followed him blocking his parents on social media, as confirmed by brother Cruz.
[@TheSun] pic.twitter.com/Ru8g8TizBP— CentreGoals. (@centregoals) January 9, 2026
Advertisement
Ada yang mendakwa isu tersebut berlaku susulan banyak campur tangan pemilihan gaun kahwin antara Brooklyn dan Nicola Peltz pada 2022.
Malah, Brooklyn dan Peltz juga tidak menghadiri kebanyakan majlis rasmi bersama Beckham sekeluarga. Dan, ini menguatkan lagi spekulasi dingin keluarga selebriti terkemuka dunia itu.
Terdahulu, Cruz dan Romeo James Beckham pernah menyekat Instagram abang sulung mereka atas sebab-sebab tertentu pada tahun lalu.
Belum ada sebab-sebab kukuh atau media gagal mengesan apakah faktor lain kepada permasalahan tersebut. Namun, reputasi Beckham kekal disegani serata dunia.