Skip to main content

Badminton

Kalau skil Tang Jie-Ee Wei bagus tapi komunikasi tak bagus, tak boleh juga -- Jeremy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jeremy gan

Kalau skil bagus komunikasi tak bagus, tak boleh juga, kata bekas jurulatih beregu campuran skuad kebangsaan, Jeremy Gan, melihat kepada kemampuan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang sudah berada di tahap terbaik tetapi masih boleh dipertingkatkan daripada segi komunikasi.

Mengulas mengenai kekalahan gandingan negara itu kepada beregu kenaliannya, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, dari Hong Kong, dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam, Jeremy mengakui faktor utama kekalahan itu adalah siri kesilapan mereka yang dimanfaatkan sepenuhnya anak buahnya.

Advertisement

"Saya rasa semalam Hong Kong bermain bagus dan mereka pula ada sedikit tekanan bermain di laman sendiri, jadi saya rasa permainan mereka memang bagus cuma daripada segi konsistensi tidak berapa bagus," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Mungkin disebabkan tekanan, mereka agak sukar untuk bermain secara terbuka.

"Saya rasa mereka bagus tetapi dalam pertandingan pasti ada menang dan ada kalah.

"Di atas gelanggang, ia bergantung kepada prestasi pemain dan bagaimana untuk menstabilkan prestasi mereka.

"Kerana dalam acara beregu, komunikasi amat penting. Jika seorang bagus dan seorang tidak bagus, tak boleh juga. Mereka perlu tahu bagaimana menggabungkan kekuatan mereka untuk kuat secara bersama, bukan sebagai individu."


 

Must Watch Video