Penyerang Brighton, Danny Welbeck, menegaskan bahawa dia tidak terlalu memandang jauh ke hadapan apabila melibatkan prospek kembali ke pangkuan pasukan England walaupun dia terus mempamerkan kredibilitinya dalam tempoh enam bulan sebelum Piala Dunia 2026.
Welbeck menjadi duri di dalam daging ketika menyingkirkan bekas kelabnya, Manchester United, yang diketuai oleh ketua jurulatih sementara, Darren Fletcher, dalam pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.
Advertisement
Ia menjadi penutup kecewa minggu yang bergolak di Old Trafford yang bermula dengan pemecatan Ruben Amorim selepas 14 bulan dilantik sambil dijangka menjadi perlawanan terakhir buat Fletcher sebagai pengurus sementara.
Brighton pernah disingkirkan United dalam enam pertemuan Piala FA yang lalu, namun badi itu ditamatkan dengan kemenangan 2-1 di Old Trafford.
Jaringan pembukaan Brajan Gruda terlebih dahulu memecah kebuntuan perlawanan sebelum penyudah Welbeck menggandakan pendahuluan mwewk.
"Tahukah bahawa saya tak boleh bongkar rahsianya," katanya apabila ditanya tentang pemangkin kebangkitan kerjayanya kebelakangan ini.
"Jika saya bercakap terlalu banyak, agensi anti doping akan datang kepada saya," selorohnya.
"Tetapi saya baik-baik sahaja dan bersih. Aaya mempunyai genetik, keluarga, baka yang baik. Ibu dan ayah saya, mereka telah memberkati saya dengan genetik yang baik.
"Ia soal bekerja keras. Saya bersenam setiap hari, saya menjaga diri sendiri, saya makan dengan baik dan saya membuat persediaan yang baik untuk setiap sesi latihan.
"Saya rasa bagus, saya rasa cergas dan kuat."