Pasukan kriket wanita negara terpaksa akur dengan kekalahan sebanyak lapan wicket di tangan Indonesia dalam aksi final Kejohanan Kriket Tri-Series Wanita di Bayuemas Oval, Klang hari ini.
Meskipun tewas, atlet negara, Musfirah Nur Ainaa Azmi, berasakan banyak perkara yang dapat dipelajari sepanjang kejohanan itu, lebih-lebih lagi apabila melangkah ke pentas final.
"Setakat ini kami dapat melihat dan mengesan kelemahan dan kelebihan kami di bahagian mana dan masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Kami mahu meningkatkan lagi aspek batting dan fielding."