Skip to main content

Bola Sepak

Safawi Rasid lega bantu Kuching City tunai misi penting

safawi acl2
Advertisement

Penyerang Kuching City, Safawi Rasid, mengakui berasa lega apabila membantu pasukannya merealisasikan misi tiga mata ketika menghadapi kelab Kemboja, Phnom Penh Crown, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin semalam.

Safawi percaya dengan prestasi semasa The Cats, adalah tidak mustahil untuk mereka mencipta satu lagi sejarah layak ke pusingan 16.

Advertisement

Selepas tampil dalam lima perlawanan peringkat kumpulan setakat ini, Safawi telah mencetak tiga gol peribadi, termasuk satu jaringan pada minit ke-32 ketika aksi menentang Phnom Penh Crown.

Kemenangan itu, dibantu kekalahan Kitchee di tangan Gangwon dalam satu lagi perlawanan, meletakkan Kuching City di tangga kedua Kumpulan H dengan tujuh mata dan hanya dibezakan dua mata dengan Phnom Penh Crown berbaki satu lagi perlawanan.

Advertisement

"Ia bukan mudah tetapi saya dalam latihan setiap hari sentiasa mencuba yang terbaik dan membawanya ke dalam permainan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kami masih ada peluang untuk satu lagi perlawanan di Hong Kong nanti. Buat masa ini, kami akan berehat untuk mendapatkan kecergasan penuh dan bersedia dengan perancangan jurulatih bagi perlawanan berikutnya.

"Ia melibatkan seluruh pasukan, jadi saya berbangga dengan pasukan saya. Kami sentiasa mendorong sesama sendiri.

"Saya masih belum berpuas hati dengan prestasi saya tetapi saya akan mencuba yang lebih baik."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video