Ia, selamanya menjadi ingatan ribuan penyokong kelab divisyen keenam England selepas mencipta sejarah selaku pasukan kerdil menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Macclesfield yang dianggap sebagai pasukan bukan pilihan mencipta sejarah mara ke pusingan seterusnya Piala FA Inggeris selepas melakukan kejutan menundukkan juara bertahan, Crystal Palace, 2-1 malam tadi.
Advertisement
Tahukah anda? Jurang perbezaan 117 anak tangga antara kedua-dua pasukan dalam keseluruhan kelab yang bertanding merangkumi pelbagai lapisan liga di England. Itulah keindahan bola sepak.
AGAINST ALL ODDS! 🤯 @thesilkmen HAVE KNOCKED OUT THE HOLDERS!
Is this the biggest upset in the history of the #EmiratesFACup? pic.twitter.com/c4xvwMmLkE— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 10, 2026
Satu lagi fakta menarik berkenaan Macclesfield ialah, kelab tersebut dibentuk semula pada 2020 selepas dibubarkan akibat hutang yang banyak.
Dan, penyerang pasukan, Euan McLeod, meninggal dunia kurang sebulan lalu.
Manis untuk Macclesfield, namun pahit bagi The Eagles.