Walaupun tindakan ganas biasanya membawa penggantungan tiga perlawanan, Cristiano Ronaldo bebas untuk beraksi perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 2026.
Ronaldo, 40, hanya digantung untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia terakhir membabitkan Portugal dan Armenia selepas dilayangkan kad merah kerana menyiku Dara O'Shea dalam kemenangan 2-0 Republik Ireland dalam Kelayakan Piala Dunia, minggu lalu.
Advertisement
Penggantungan itu hanya boleh dilakukan dalam perlawanan kompetitif dan kad merah untuk kelakuan ganas biasanya membawa sekurang-kurangnya dua penggantungan perlawanan, tetapi biasanya pemain dikenakan tiga penggantungan perlawanan.
Dalam tindakan yang luar biasa, penggantungan perlawanan kedua dan ketiga tersebut telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selama setahun.
“Jika Cristiano Ronaldo mengulangi kesalahan serupa dan tahap keseriusannya sepanjang tempoh percubaan ini, penggantungan yang dinyatakan dalam keputusan tatatertib akan terbatal secara automatiknya dan baki dua perlawanan itu harus dijalaninya dengan segera,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan yang menjelaskan keputusan tersebut.
Ia merupakan kad merah pertama Ronaldo dalam 226 penampilan antarabangsa bersama Portugal.
Laporan di Eropah percaya faktor dalam pengurangan hukuman berdasarkan Artikel 27 kod disiplin FIFA yang membuka pintu untuk badan pentadbir itu menggunakan budi bicara terhadap hukuman.
Jelas sekali FIFA telah membuat pengecualian untuk Ronaldo walaupun ironinya, ketua pasukan Armenia, Tigran Barseghyan, yang turut digantung kerana kad merah atas berkelakuan ganas sedang menjalani penggantungan penuh tiga perlawanan, walaupun ia juga merupakan kad merah sulung dalam kerjayanya.
Walaupun Ronaldo boleh bermain untuk Piala Dunia, ini bukanlah kali pertama FIFA menemui cara untuk memastikan bintang dunia boleh beraksi untuk kejohanan paling berprestij itu menerusi beberapa aplikasi kreatif terhadap peraturan mereka sendiri.
Menjelang Piala Kelab Dunia yang lalu, Presiden FIFA, Gianni Infantino, mengumumkan kembali yang diwakili Lionel Messi, Inter Miami, layak ke versi sulung kejohanan itu sebagai wakil negara tuan rumah atas dasar memenangi Piala Sumbangsih Liga Bolasepak Utama (MLS) 2024.
