Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Timbalan presiden Argentina label Inggeris lanun

ggg

Timbalan Presiden Argentina, Victoria Villarruel, menggelar orang Inggeris sebagai lanun, sehari sebelum sepak mula dengan England dalam separuh akhir Piala Dunia 2026.

"Esok kita akan menentang lanun yang merupakan perampas. Ia bukan sekadar perlawanan biasa," kata Villarruel dalam satu catatan di X.

Perlawanan ikonik ini akan berlangsung dengan latar belakang pertelagahan sekian lama terhadap kedaulatan Kepulauan Falkland di Lautan Atlantik Selatan yang juga dikenali dalam bahasa Sepanyol sebagai Malvinas.

"Saya tidak akan cakap berlapik atau bertenang, ia sentiasa sesuatu yang lebih getir apabila menentang England.

"Ia mengenai Malvinas, ia Diego, ini adalah perjuangan terakhir Leo dan ia adalah tentang menyekat penceroboh," sambungnya, merujuk kepada legenda bola sepak mendiang Diego Maradona dan penyerang ketua pasukan semasa, Lionel Messi.

"Majulah Argentina! Kerana hingga nafas terakhir kita, kita akan terus menuntut apa yang menjadi milik kita!" tulisnya lagi, mengulangi lagu popular yang dinyanyikan oleh peminat Argentina dalam kempen ini.

Bapa Villarruel berjuang dalam Perang Falklands 1982 membabitkan pemerintahan diktator tentera Argentina dan Inggeris mengenai perebutan kepulauan itu yang kedaulatannya masih dipertikaikan.

Konflik selama 74 hari itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada British yang menyaksikan 649 rakyat Argentina dan 255 rakyat Britain terkorban.

Kenyataan naib presiden itu berbeza dengan kenyataan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni dan beberapa pemain, yang cuba memperkecilkan kepentingan politik dan sejarah perlawanan tersebut.

"Ia satu perlawanan bola sepak, mudah sahaja. Jadi, mencampurkan adukkannya adalah satu kegilaan," kata Scaloni.

Menteri Keselamatan Argentina, Alejandra Monteoliva, berkata bahawa di bawah pelan keselamatan untuk aksi separuh akhir di Stadium Atlanta, peminat akan diharamkan daripada membawa bendera atau barang lain yang merujuk kepada Kepulauan Falkland ke dalam stadium.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Related Topics

Must Watch Video