Bekas ketua pasukan Nigeria, John Mikel Obi, menolak desas-desus bahawa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memihak kepada Lionel Messi dan Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2026, malah menuduh teori konspirasi sedemikian didorong oleh peminat Cristiano Ronaldo.
Dalam satu wawancara di podcast The Rest Is Football di samping rakan sepasukannya, Joe Cole, Mikel Obi percaya konspirasi itu tidak lebih sekadar untuk meremehkan kemampuan Albiceleste.
"Saya tidak mempercayai tanggapan seperti ini. Ini semua adalah cerita yang dibuat-buat yang dibuat oleh peminat Ronaldo.
"Jika Argentina memenangi perlawanan sebagaimana yang sepatutnya mereka lakukan, mereka tidak bertemu pasukan yang lebih sukar. Apa pun, Argentina telah melaksanakan tugas mereka, mereka memenangi perlawanan dan melolosi peringkat kumpulan dengan lebih mudah.
"Jadi ini semua kerja peminat Ronaldo. Saya tidak menggemari tuduhan sebegimini, FIFA tidak memihak kepada Messi.
"Messi sedang menjalankan tugasnya. Dia beraksi, menyumbangkan gol dan memecahkan rekod," katanya bekas bintang Super Eagles itu.