Skip to main content

Bola Sepak

‘Sumpahan’ Ballon d’Or? Tiga pemenang terakhir ditimpa ujian kecederaan

‘Sumpahan’ Ballon d’Or? Tiga pemenang terakhir ditimpan ujian kecederaan
Advertisement

Seolah-olah ada satu kebetulan aneh menyelubungi pemenang Ballon d’Or apabila tiga penerima terakhir anugerah paling berprestij dalam bola sepak itu berdepan masalah kecederaan selepas dinobatkan pemain terbaik dunia.

Terbaharu, penyerang Bayern Munich, Harry Kane menjadi mangsa terbaharu apabila disahkan mengalami koyakan ligamen syndesmosis pada buku lali kiri ketika beraksi menentang FC Cologne, Jumaat.

Advertisement

Kecederaan itu dijangka memaksanya berehat untuk beberapa bulan, sekali gus menjadi tamparan hebat buat Bayern dan England.

Kane, yang dinobatkan pemenang Ballon d’Or 2026 pada 26 Oktober lalu, kini menyertai senarai pemain yang berdepan ujian kecederaan selepas menerima pengiktirafan tertinggi berkenaan.

Advertisement

Pada 2025, Ousmane Dembélé turut melalui tempoh sukar selepas memenangi Ballon d’Or. Penyerang Paris Saint-Germain itu berdepan beberapa masalah kecederaan, termasuk kecederaan hamstring dan betis, selain kecederaan paha yang mengganggu penampilannya pada musim ini.

Sementara itu, pemenang edisi 2024, Rodri turut berdepan perjalanan pemulihan yang mencabar.

Pemain tengah Sepanyol itu mengalami kecederaan hamstring ketika mewakili negaranya pada final Euro 2024 sebelum mengalami kecederaan serius anterior cruciate ligament (ACL) pada September tahun sama.

Selepas kembali beraksi, Rodri sekali lagi berdepan masalah hamstring pada Oktober 2025 yang menjejaskan kesinambungan penampilannya bersama Manchester City.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa kecederaan bukanlah kesan daripada kemenangan Ballon d’Or. Malah, beberapa masalah fizikal pemain terbabit sudah bermula sebelum mereka menerima anugerah berkenaan.

Namun, persamaan nasib tiga pemenang terakhir itu tetap mencetuskan persoalan menarik dalam kalangan peminat bola sepak.

Adakah ini sekadar kebetulan, atau satu lagi peringatan bahawa walaupun berada di puncak dunia, seorang pemain tetap tidak terlepas daripada risiko kecederaan dalam bola sepak moden?

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video