Pemain tengah Mexico, Erik Lira, berkata "tiada had" bagi pasukannya selepas mengatasi Afrika Selatan dalam pembukaan Piala Dunia 2026 penuh emosi dengan kemenangan 2-0 di Stadium Azteca awal pagi tadi.
Mexico menang menerusi gol daripada Julian Quinones dan Raul Jimenez dalam perlawanan yang menarik memandangkan mereka menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas kapten, Cesar Montes, dibuang padang.
Ia merupakan kemenangan buat kali pertama selepas gagal dalam tujuh perlawanan pembukaan sebelum ini.
"Ini merupakan perlawanan yang sukar daripada segi emosi kerana kami tidak mengalami perkara seperti ini berkali-kali dalam hidup," kata Lira, yang memberikan bantuan gol.
"Ia adalah saat yang rumit, tetapi kami semua berusaha daripada segi mental supaya ia tidak menjejaskan kami dan supaya kami dapat melakukan tugas kami sebaik mungkin."
ππππππ πππ πππππ πππ ππππππ ππππ πππππ πππ πππππ π€―π²π½
RaΓΊl JimΓ©nezβs first World Cup goal comes six years after his life-threatening skull fracture π₯Ή
Mexico keep the streak alive and have still never lost a World Cup match on home soilβ¦ pic.twitter.com/whzlEynhv6β 433 (@433) June 11, 2026
Aksi pertama Piala Dunia 2026 itu menyaksikan empat layangan kad merah, mencipta rekod untuk kad merah terbanyak dalam perlawanan pembukaan dalam kejohanan berprestij itu.
"Adalah penting untuk mendapatkan tiga mata dan mujurlah kami berjaya melakukannya," kata Lira.
"Sekarang kami perlu memastikan semua orang berada dalam keadaan 100 peratus (%) untuk bersedia bagi perlawanan kedua dan mendapatkan tiga mata sekali lagi, " katanya lagi.
Mexico seterusnya akan menentang Korea Selatan dalam Kumpulan A pada minggu hadapan.