Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Haiti terpaksa ubah jersi Piala Dunia selepas bantahan FIFA

Piala Dunia: Haiti terpaksa ubah jersi Piala Dunia selepas bantahan FIFA

Beberapa hari sebelum tirai Piala Dunia 2026 dibuka, skuad Haiti terpaksa melakukan perubahan terhadap jersi rasmi mereka selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendapati terdapat elemen reka bentuk yang boleh ditafsirkan sebagai mesej politik.

Jersi yang direka oleh pengeluar pakaian sukan Colombia, Saeta, pada asalnya menampilkan imej siluet yang diinspirasikan daripada Pertempuran Vertières pada tahun 1803 serta perjuangan Revolusi Haiti yang membawa kepada kemerdekaan negara Caribbean itu. Reka bentuk tersebut bertujuan meraikan sejarah, semangat juang dan ketahanan rakyat Haiti.

Bagaimanapun, FIFA berpendapat bahawa elemen berkenaan boleh ditafsirkan secara berbeza di bawah peraturan peralatan pertandingan yang melarang sebarang mesej atau simbol berunsur politik, agama atau bersifat provokatif. Susulan itu, badan induk bola sepak dunia itu meminta agar reka bentuk tersebut diubah sebelum kejohanan bermula.

Dalam kenyataan rasmi, Saeta menjelaskan bahawa mereka telah bekerjasama rapat dengan Persekutuan Bola Sepak Haiti sepanjang proses menghasilkan jersi berkenaan dan tidak pernah berniat untuk menyampaikan sebarang mesej politik.

Menurut syarikat itu, reka bentuk asal diwujudkan sebagai penghormatan kepada rakyat Haiti yang terus berjuang membina masa depan negara mereka meskipun berdepan pelbagai cabaran. Namun, mereka menghormati keputusan FIFA dan telah melaksanakan semua pengubahsuaian yang diminta.

Kontroversi itu muncul pada saat Haiti sedang bersiap sedia untuk penampilan bersejarah mereka di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak edisi 1974. Pasukan yang dikenali sebagai Les Grenadiers itu dijadual memulakan kempen kejohanan dengan aksi peringkat kumpulan menentang Scotland.

Jersi asal Haiti hadir dalam tiga warna utama iaitu biru, putih dan merah, dengan lambang pasukan diletakkan di bahagian tengah dada. Elemen yang menjadi pertikaian FIFA terletak pada bahagian bawah kanan jersi yang memaparkan ilustrasi berkaitan perjuangan kemerdekaan Haiti.

Difahamkan, pemain-pemain Haiti sudah memakai jersi asal tersebut dalam beberapa perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia, namun gambar rasmi pasukan yang dirakam FIFA baru-baru ini menunjukkan mereka telah menggunakan versi baharu tanpa elemen yang dipertikaikan.

Isu ini turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong bola sepak dan pemerhati sukan antarabangsa yang mempersoalkan garis pemisah antara penghargaan terhadap sejarah sesebuah negara dan mesej politik dalam sukan. Namun bagi Haiti, fokus utama kini adalah memastikan persiapan pasukan tidak terjejas ketika mereka bersedia mengharungi cabaran terbesar dalam bola sepak dunia.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Must Watch Video