Skip to main content

Bola Sepak

Akibat cedera terus bersara serta merta dua hari sebelum main Piala Dunia 2026

Endo

Kapten Jepun, Wataru Endo, telah menarik diri daripada skuad Piala Dunia 2026 dua hari sebelum perlawanan pertama akibat kecederaan, menyaksikan satu tamparan hebat buat Samurai Biru.

Lebih mengejutkan, pemain tengah Liverpool itu turut mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa berkuat kuasa serta merta.

Perkembangan itu disahkan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) apabila pemain tengah berusia 33 tahun itu digantikan oleh penyerang Borussia Monchengladbach, Shuto Machino, dalam senarai akhir kejohanan.

"Saya telah melakukan segala yang termampu sehingga ke tahap ini, jadi saya langsung tidak menyesal," kata Endo dalam satu catatan media sosial.

Endo berkata dia kecewa kerana tidak dapat menyertai acara yang menjadi tumpuan utama itu tetapi berbangga dengan perkembangan pasukan sejak Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Dengan kempen ini, saya akan bersara daripada pasukan kebangsaan. Jadi mulai sekarang, saya akan bersorak untuk pasukan kebangsaan Jepun sebagai salah seorang peminat," katanya.

Jepun berada dalam Kumpulan F dan memulakan penampilan kelapan mereka dalam edisi kali ini menentang Belanda di Dallas pada 14 Jun sebelum menentang Tunisia dan Sweden.

Media sosial dibanjiri peminat Matahari Terbit itu yang terpaksa menelan pahit realiti kehilangan bintang terkemuka sebelum Piala Dunia 2026 bermula akibat kecederaan.

Dia yang sudah mencatatkan 73 penampilan dan menjaringkan empat gol bersama Jepun memilih untuk meninggalkan pasukan kebangsaan. Mampukah Jepun melakar keajaiban tersendiri?

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video