Skip to main content

Bola Sepak

Zii Jia tidak lagi perlu harungi pusingan kelayakan

3 factors why Zii Jia should be fired up to excel at Thailand Open

Perseorangan negara, Lee Zii Jia, tidak perlu lagi mengerahkan tenaga dalam pusingan kelayakan bagi tiga kejohanan akan datang selepas tersingkir daripada Kejohanan Terbuka Australia.

Pemain nombor 64 dunia itu terkandas dalam pusingan pembukaan acara Super 500 itu semalam selepas mengharungi dua perlawanan kelayakan yang sengit pada hari sebelumnya.

Tidak sampai 24 jam kemudian, dia terpaksa menentang wakil Taiwan, Lee Chia-Hao, dan tewas 13-21, 22-24 lawan itu, yang sebenarnya turut bergelut dengan prestasi hambar.

Aksi dalam dua perlawanan kelayakan nyata menjejaskan rentak permainan Zii Jia sebaik sahaja melangkah ke undian utama.

Terbuka Australia merupakan kejohanan ketiga yang menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu tersingkir dalam pusingan pertama selepas terpaksa melalui dua aksi kelayakan.

Dia sebelum ini turut mengalami nasib sama dalam Terbuka Swiss dan Terbuka Thailand apabila tewas dalam pusingan pertama selepas beraksi dalam dua perlawanan dalam tempoh 24 jam sebelum itu.

Oleh itu, Terbuka Macao minggu depan pastinya memberi kelegaan kepada pemain kelahiran Kedah itu kerana dia akan terus bertanding dalam undian utama.

Bagaimanapun, Zii Jia bakal berdepan laluan berliku menentang lawan yang sukar, Zaki Ubaidullah.

Pemain muda Indonesia itu sudah pun merangkul satu gelaran tahun ini dengan menjuarai Masters Thailand dan dijangka bakal memberikan tentangan sengit di gelanggang.

Selepas Macao, Zii Jia dijadualkan meneruskan cabaran dalam Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video