Jom kita dengar apa ramalan Nujum Pak Belalang berkenaan Piala Dunia 2026 oleh penulis Stadium Astro.
Ammar Hakim
Brazil sentiasa menjadi antara pasukan pilihan dan disebut-sebut sebagai calon utama untuk menjuarai Piala Dunia. Dengan sejarah gemilang, deretan bintang bertaraf dunia, serta bakat muda yang sedang mencuri perhatian peminat bola sepak global, skuad Brazil dilihat memiliki segala ramuan untuk mencipta sensasi. Gabungan pemain muda yang penuh tenaga dengan pemain berpengalaman menjadikan mereka pasukan yang seimbang, berbahaya, dan mampu menggegarkan mana-mana lawan. Jika mereka berjaya mengekalkan momentum serta prestasi terbaik sepanjang kejohanan, peluang Brazil untuk mara jauh dan menjulang trofi adalah sangat cerah.
Lebih menarik, kekuatan taktikal dan DNA bola sepak Brazil yang ikonik terus menjadikan mereka pasukan yang digeruni di pentas dunia. Gaya permainan menyerang yang menghiburkan, kemahiran individu yang luar biasa, serta kebolehan menghasilkan momen magis dalam perlawanan besar sering menjadi tumpuan peminat dan viral di media sosial. Berdasarkan prestasi semasa serta kualiti luar biasa yang dimiliki skuad mereka, ramai penganalisis dan penyokong percaya Brazil berada di landasan terbaik untuk mencipta sejarah dan membawa pulang trofi Piala Dunia sekali lagi.
Saufi Tahir
Kem Portugal kali ini hadir ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 dengan semangat yang variasi di bawah kendalian Roberto Martinez yang buat pertama kali mambawa skuad A Selecao di kejohanan itu dengan rata-rata pemain yang dibawa kali ini antara nama-nama besar yang beraksi dalam kejohanan besar di Eropah.
Antaranya adalah bermain demi lencana di dada iaitu mewakili negara sendiri, selain akan turun bermain untuk memastikan kapten pasukan, Cristiano Ronaldo, yang akan mengetuai mereka mendakap trofi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu, selain membawa turun beraksi buat mendiang Diogo Jota yang meninggal dunia bersama abangnya Andre Silva dalam satu kemalangan kereta tahun lalu.
Muzaffar Musa
Football is coming home! Untuk Piala Dunia kali ini, saya pilih England untuk julang trofi.
Tiada sebab lain melainkan saya memang fans England sejak dari dalam perut!
Najmi Iman
Tetaplah ada wakil 'Asia untuk orang Asia'. Siapa lagi kalau bukan Jepun. Bukanlah nak tengok siapa juara tapi lebih kepada pasukan mana jadi ‘team to watch’. Hati pilih Jepun sebab jatuh cinta dengan disiplin yang diterapkan.
Ramai meramalkan Jepun bakal menjadi ‘dark horse’. Dan, pencapaian sebelum ini sering melepasi peringkat kumpulan. Walaupun long ball tapi majoriti pemain faham apa nak buat. Taktikal tidaklah gah tapi gaya permainan kadang-kadang membunuh gergasi dunia lain. Dengan semangat Captain Tsubasa dan Inazuma Eleven, ganbatte kudasai!!!
Shaiful Shamsudin
Ketepi wakil Eropah! Ibarat ular menyelusuri akar, tak akan hilang bisanya. Selagi ada Lionel Messi, Argentina akan tetap dianggap pilihan, yang lain hanya mampu meratap.
Nahas salah terkam! Silap cuit Messi, satu Argentina jadi samseng. Vamos!!!
Rizal Hashim
Faktor cuaca akan memihak kepada skuad yang memiliki kekuatan di bangku simpanan – jadi sama ada negara Latin Amerika atau Afrika mampu dominasi edisi 2026. Malangnya pasukan kegemaranku Perancis – tidak seimbang. Brazil jadi pilihan.