Pertahanan Rangers, Dujon Sterling, ditangkap selepas membantu pasukannya memenangi pertemuan getir 'Old Firm' menentang seteru musuh ketat, Celtic, di Celtic Park, Ahad lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu terlibat dalam satu kemalangan di Glasgow, mujur tiada sesiapa yang tercedera dan tiada kenderaan lain yang terlibat.
Advertisement
Dia perlu menghadiri sesi perbicaraannya dalam satu tarikh yang akan ditetapkan.
Satu kenyataan daripada Polis Scotland berbunyi: "Sekitar jam 1.25 pagi pada hari Ahad, polis menerima laporan kemalangan satu kenderaan di West Graham Street, Glasgow.
"Tiada kecederaan dilaporkan. Pemandu itu, seorang lelaki berusia 26 tahun, telah ditangkap dan didakwa berhubung kesalahan lalu lintas jalan raya.
