Skip to main content

Berbasikal

Perlumbaan terakhir Azizulhasni Awang dalam Piala Dunia

UCI

"Ia satu perkara yang sangat bermakna.

Itu apa yang dikongsikan The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang, yang menjalani latihan rasmi terakhir sebelum memulakan kempen Piala Dunia UCI yang juga mungkin menjadi penampilan terakhirnya di Velodrom Nasional, Nilai bermula esok.

Advertisement

Azizul juga teruja apabila berpeluang untuk sekali lagi menyajikan aksi terbaiknya kepada seluruh rakyat Malaysia di laman sendiri.

"Ini merupakan perlumbaan Piala Dunia terakhir saya setakat ini.

"Selepas ini menumpukan fokus kepada Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Saya mahu buat yang terbaik dan berada di atas podium sekurang-kurangnya.

"Ia bukan mudah kerana perubahan format. Ini cabaran baru buat saya," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, Olimpian itu berharap barisan pelumba pecut berpasukan negara yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara yang sama mampu membuat lebih baik jika serius dalam mencabar kedudukan tiga terbaik Asia.

"Saya harap mereka dapat memecahkan rekod itu lagi.

"Tetapi masa tersebut masih jauh dari pasukan Jepun dan China, namun boleh merapatkan jurang," tambahnya.

Must Watch Video