Skip to main content

Bola Sepak

Perbicaraan CAS vs FAM, pemain warisan Harimau Malaya telah ditetapkan 26 Februari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

CAS

Detik yang dinanti-nantikan telah tiba. Apakah nasib bola sepak negara?

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam laman web rasminya sudah menetapkan tarikh perbicaraan secara bersemuka antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain warisan Harimau Malaya dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

Persidangan prosiding berikut akan diadakan pada 26 Februari 2026 di ibu pejabat CAS di Lausanne, Switzerland.

Terdahulu, FAM komited mempertahankan memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara, dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.

Tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu juga sedang diberi penangguhan (stay of execution) daripada penggantungan 12 bulan untuk kembali beraksi buat sementara waktu sehingga keputusan muktamad CAS dikeluarkan.

Prosiding FAM dan pemain yang terlibat akan digabungkan dan didengari secara bersama.

Ia, sekali gus menjadi titik penentu sama ada hukuman yang dikenakan akan dikekalkan, malah menjadi lebih berat atau dibatalkan sepenuhnya. Tidak menolak kemungkinan ada potensi untuk dipinda, namun segalanya masih menjadi persoalan.

Keputusan akhir dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu selepas tamat perbicaraan.

 

Must Watch Video