Skip to main content

Bola Sepak

Penaja utama FAM angkat kaki?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Sudah jatuh ditimpa tangga?

Selepas aib didedahkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes pemain warisan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini berdepan satu lagi kemelut baru.

Advertisement

Ia membabitkan isu penajaan berikutan sebuah penaja uatam difahamkan sedang mempertimbangkan untuk 'angkat kaki' daripada meneruskan kerjasama strategik bersama badan induk itu.

Tinjauan Nadi Arena mendapati ketiadaan logo institusi perbankan itu di papan iklan elektronik dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di antara Malaysia dan Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa lalu.

Malah, entiti itu juga tidak lagi kelihatan di laman sesawang rasmi FAM, sekali gus menguatkan lagi perkhabaran berkenaan.

Situasi ini muncul ketika FAM dipalit dengan kes pemain warisan yang membawa kepada pendedahan alasan bertulis oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA yang mengekalkan hukuman dan denda ke atas tujuh pemain atas isu pemalsuan dokumen.

Profesor Adjung Universiti Malaya, Sayf Ismail, menyifatkan langkah berkenaan sebagai usaha awal untuk menjaga imej dan reputasi institusi berkenaan.

"Syarikat perbankan adalah satu syarikat 'public listed company (PLC)' (Pasaran Utama) yang disenaraikan di Bursa (Malaysia).

"Mereka terikat dengan tatakelola perusahaan dan gerakan environmental, social, and governance (ESG) -- mereka harus bertindak untuk kebaikan.

"Semestinya kod etika menolak apa bentuk penipuan terutama apa yang terpalit FAM.

"FAM telah didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin dan jawatankuasa rayuan, (iaitu kesalahan) dalam membuat penipuan untuk mendapatkan kelebihan.

"Sebagai syarikat PLC, sudah tentu mereka fikir jenama mereka dilihat bersama organisasi yang disahkan menipu.

"Berdasarkan pengalaman saya, ada klausa yang membolehkan penaja keluar dalam kes yang berat, secara asasnya apabila salah satu pihak yang kesalahan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. 

Penaja itu pada Julai lalu meneruskan usaha terhadap kemajuan bola sepak negara dengan memperbaharui perjanjian strategik bersama FAM yang memasuki pembaharuan kali kelima untuk tempoh 2025 hingga 2027.

Usaha Nadi Arena untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini gagal apabila FAM dan wakil penaja enggan memberi komen lanjut.

 


"

 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video