Presiden baru Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah, menjanjikan komitmen penuh demi menaikkan kembali martabat persatuan itu.
Dengan kemenangan tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBKL bagi penggal 2026 hingga 2027, Armand mendedahkan pelbagai pelan sudah diusul dengan yang paling besar merupakan KL Two Wheel International Festival dari 3 hingga 4 Oktober bersempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, dengan misi membawa semua 'industry players' bekerjasama secara aktif dengan pbkl.
Advertisement
"Ini bukan tanggungjawab yang ringan.
"Ia satu amanah yang besar untuk memastikan kita melangkah ke tahap yang lebih baik.
Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah terpilih sebagai Presiden baru Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur bagi penggal 2026-2027 selepas menang tanpa bertanding 🔥
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/UoneY9J2ff— Kamal Nizam (@kamalnizamm) January 25, 2026
"PBKL perlu membuat perubahan besar.
"Festival itu akan menjadi penanda aras bagaimana kami akan mengetuai pelbagai langkah dalam industri berbasikal ini," katanya di Nadi Arena.
Salah satu misi utama juga adalah untuk fokus kepada kebajikan barisan atlet berprestasi tinggi, dengan terbuktinya ramai produk Kuala Lumpur mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
"Kita perlu melihat satu perkara.
"Seorang pemenang pingat emas dan perak dalam Sukan SEA Thailand Disember lalu hadir daripada PBKL.
"Tanggungjawab adalah untuk menjaga kebajikan mereka, menjaga barangan dan mengenal pasti pewaris sebagai pelumba untuk menjadi juara yang lahir daripada PBKL," tambahnya.