Skip to main content

Badminton

Badminton: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Tiga wakil negara di pentas akhir Masters Indonesia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daihatsu

Tiga wakil badminton negara bakal turun ke gelanggang bagi memburu gelaran dalam saingan peringkat akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Istora Senayan, hari ini.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan akan turun berdepan wakil Denmark,  Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Advertisement

Selepas itu, beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah, yang merupakan pilihan pertama kejohanan berstatus Super 500 itu pula akan berdepan Arisa Igarashi-Miyu Takahashi dari Jepun.

Perlawana terakhir hari ini akan menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, akan turun menghadapi cabaran lawan dari Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.

 

SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) PETRONAS MASTERS INDONESIA 2026 SUPER 500

Tarikh: 25 Januari 2026 (Ahad)
Saluran: Astro Grandstand (810), Astro Badminton (815)
Venue: Istora Senayan, Jakarta, Indonesia
Masa: Bermula 2 petang

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!

Must Watch Video