Skip to main content

E-Sukan

Selangor Red Giants masih kempunan, namun ada perkara belum selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SRG

Rumusan perjalanan wakil negara, Selangor Red Giants (SRG) yang terpaksa akur gagal mengakhiri kemarau penampilan grand final Siri M, Kejohanan Dunia M7 di Jakarta, Indonesia.

Namun, di sebalik kekecewaan itu, SRG mengekalkan status selaku pasukan ketiga terbaik dunia menyamai pencapaian yang sama dilakar dalam edisi di  Kuala Lumpur (KL) tahun lalu.

Advertisement

Aspirasi komuniti Mobile Legends Bang Bang (MLBB) di Malaysia untuk menyaksikan jaguh negara menjadi juara dunia serta meraih pingat emas dalam Sukan SEA.

Itulah dua kejuaraan dalam bentuk pasukan dan skuad negara masih belum mampu digapai.

Tiidak dinafikan, generasi emas pasukan SRG memmiliki potensi dan kualiti untuk melunaskan dua impian tersebut.

Perjalanan SRG dalam M7 bermula dengan cemerlang sehingga merekodkan lima kemenangan berturut turut sehingga muncul satu-satunya pasukan yang masih belum ditewaskan.

Namun, realiti sebenar mula menghambat impian Gergasi Merah apabila kecundang dua perlawanan terakhir kejohanan -- bermula dengan kekalahan kepada Aurora Gaming Filipina disusuli tumpas di tangan tuan rumah, Alter Ego.

Pelbagai faktor dikaitkan dengan kekalahan SRG, tapi apa yang pasti jurang kualiti taruhan terbaik negara itu semakin mengecil berbanding pasukan elit di rantau ini dari Filipina mahupun Indonesia.

Difahamkan, ada perkembangan berskala besar menanti peminat SRG dalam masa terdekat. Pengumuman tergempar itu bakal membuka 'lembaran baru' buat SRG bagi mengharungi musim 2026.

Must Watch Video