Perubahan landskap penganjuran Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia memasuki era baru berasaskan kerjasama merangkumi lapan pasukan bertanding.
Jika dibandingkan penganjuran musim ke-16 yang lalu -- sejumlah 10 pasukan bertanding dengan menyaksikan Selangor Red Giants (SRG) muncul juara buat musim keempat berturut-turut.
Advertisement
Namun, memasuki musim ke-17 ini bakal menyaksikan hanya lapan pasukan bertanding dengan khabar angin kuat mengatakan hanya melibatkan tiga pasukan negara tatkala baki lima slot pasukan dari luar negara seperti Indonesia.
Perubahan drastik ini membentuk ekosistem dan persaingan yang baru apabila kelompok besar bakat tempatan terpaksa merebut tempat dalam pasukan yang kompetitif.
Langkah yang diambil itu merupakan sebahagian daripada rangka strategi bagi memperluas pengaruh MLBB serta mempromosikan pasaran serantau.
"Saya beranggapan lapan pasukan sangat mencukupi.
"Ia bukan tentang pengurangan slot, malah mementingkan kualiti.
"Saya rasa bukan masalah.
"Pandangan saya mungkin berbeza. Saya berfikiran bahawa pasukan luar yang bertanding lebih kepada pembikinan nama terlebih dahulu, sementara mencari jalan untuk membuat 'scouting' kemudian.
"Saya tidak rasa ada impak besar berlaku," kata Ketua E-sukan Todak, Danial Aizat Rames Abdullah.